DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Paduka TPr Dr Maimunah Mohd Sharif diyakini mampu memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan kemampanan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata ini bagi membawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus maju dan sejahtera, sekali gus merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Maimunah atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu.
“Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan mempunyai hampir 40 tahun pengalaman dalam perancangan bandar.
“Pengalaman penjanaan semula bandar serta pembangunan diterajui komuniti yang saya percaya boleh menjadi added value dalam merangka hala tuju pembangunan dan kemajuan negara khususnya bandaraya Kuala Lumpur,” katanya di Facebook. – WILAYAHKU