MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa turun ke lokasi kejadian tanah jerlus, Jalan Masjid India melibatkan seorang warganegara India.
Beliau memaklumkan dalam lawatan semalam, beliau turut bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Saya bersama Fadillah telah diberi penerangan oleh komander insiden mengenai perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Sekali lagi melawat, mengiringi Fadillah di sekitar kawasan ground zero yang merupakan tempat mangsa jatuh pada hari kejadian,” katanya di Facebook.
Menurut Zaliha, selepas lawatan itu, beliau turut melawat lokasi kejadian tanah bernam yang juga terjadi berdekatan dengan ground zero.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau semalam turut ke Jalan Pantai Permai bagi meninjau keadaan sistem perparitan yang runtuh baru-baru ini.
Zaliha berkata insiden kejadian itu berpunca daripada saliran paip berdekatan yang pecah.
Katanya, Zaliha memaklumkan bahawa pembaikan akan dilakukan segera dan akan mengambil masa lebih kurang tiga minggu.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, terutama sekali bila berdepan dengan lokasi yang terdapat tanda-tanda mendapan tanah,” katanya. – WILAYAHKU