Berita

Zaliha santuni mangsa banjir di Labuan

- Diterbit 12 Ogos 2024 3:27 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyantuni mangsa banjir yang di pusat pemindahan sementara (PPS) Rancha-Rancha di sini, hari ini.

Beliau yang tiba ke Labuan bagi lawatan kerja selama dua hari bermula Sabtu lalu ke pulau ini berkesempatan meninjau dan menyantuni dua buah keluarga yang terjejas.

“Sedang bermesyuarat di Perbadanan Labuan apabila mendapat perkhabaran bahawa Kampung Gersik Baru telah dilanda banjir.

“Saya bersama pasukan terus ke Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan untuk melawat penduduk yang terkesan akibat banjir tersebut.

“Seramai dua keluarga yang terkesan akibat banjir telah ditempatkan di PPS Rancha-Rancha.

“Semoga kedua-dua keluarga ini tabah menghadapi ujian ini”katanya menerusi perkongsian Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Zaliha turut berkesempatan menyampaikan bantuan wang tunai daripada Perbadanan Labuan dan kit bakul makanan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan kepada setiap keluarga yang terlibat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas