MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa selamat tiba ke Labuan bagi lawatan kerja, semalam.
Perbadanan Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Zaliha dijadual merasmikan Program Kempen Bendera Wilayah Persekutuan 2024 pada pagi Sabtu di Taman Damai, Layang-Layangan.
Di sebelah petang pula, beliau dijangka mengadakan lawatan ke beberapa buah pulau dan tapak jambatan Labuan – Menumbok.
Pada Ahad, beliau turut akan menghadiri program Temu Rapat Bersama Komuniti yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Labuan.
Beliau juga akan dijangka meninjau perkembangan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di bawah seliaan Perbadanan Labuan. – WILAYAHKU.