Kuala Lumpur

Zaliha arah DBKL pantau isu ulat parkir

- Diterbit 30 Disember 2023 4:15 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah mengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau isu ulat parkir di sekitar ibu negara.

Menerusi ciapan di laman X (Twitter) Zaliha melihat banyak keluhan yang disuarakan warga kota berkenaan isu tersebut.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parking di Kuala Lumpur.

“Saya telah arahkan @DBKL2u untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti ulat parking seperti ini,” ciapnya.

Katanya lagi, tindakan itu tak sepatutnya berlaku.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas