MENTERI di di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa akan memastikan isu pemindahan Kuil Nagamma di Sentul yang melibatkan YTL Land Sdn. Bhd. akan diselesaikan segera.
Kata Zaliha, secara keseluruhannya beliau mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif.
“Saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan saya menyeru semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan,” katanya dalam laman facebook rasmi miliknya hari ini.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Timbalan Menteri Perpaduan,Saraswathy Kandasamy, Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran dan wakil DBKL serta wakil dari pertubuhan Malaysia Hindu Sangam manakala YTL Land & Development Berhad yang diwakili Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hamidah Maktar.-WILAYAHKU