Berita

YWP salur Skim Dermasiswa berjumlah RM257,000

- Diterbit 16 Februari 2025 4:40 PM MYT

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) menyalurkan Skim Dermasiswa kepada 103 penuntut Institut Pengajian Tingga Awam (IPTA) melibatkan jumlah keseluruhan RM257,000.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, Dr. Abdul Basir V Kunhimohamed berkata setiap pelajar menerima sumbangan sebanyak RM2,000 sehingga RM3,000 secara one-off.

“YWP tidak hanya membantu meringankan beban keluarga pelajar tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing,” katanya ketika berucap merasmikan program teraebut di ibu negara pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Menurut Abdul Basir, sejak ditubuhkan pada 1986, YWP sentiasa komited untuk menyokong pelbagai inisiatif pembangunan sosial, Pendidikan dan kebajikan yang memberi impak positif kepada masyarakat.

“Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah nasib seseorang, keluarga dan masyarakat.

“Oleh itu, usaha seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan agar lebih ramai golongan muda yang berbakat dapat merealisasikan potensi mereka,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang telah membantu bagi memastikan YWP meneruskan usaha menyalurkan bantuan kepada golongan rentan di Wilayah Persekutuan.

“Mewakili YWP, saya merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Pusat Pengurusan Zakat (PPZ)
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” kata beliau.

Sementara itu, Abdul Basir turut menasihatkan penerima skim Dermasiswa IPTA untuk memanfaatkan sumbangan yang diberikan untuk sentiasa bersyukur dengan memberikan tumouan kepada pelajaran.

“Gunakanlah bantuan ini sebaik-baiknya untuk melengkapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Anda semua adalah harapan keluarga, masyarakat dan negara,” katanya -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas