Berita

YWP hulur bantuan makanan asas kepada 480 keluarga

Bashir (dua kiri) bersama Rithuan (tengah) menyerahkan bakul bantuan makanan asas daripada YWP kepada Dzulfaizal untuk diserahkan kepada keluarga yang terjejas.
- Diterbit 31 Disember 2020 7:12 AM MYT

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM 24,000 bagi menyediakan bantuan set bakul makanan kepada 480 buah keluarga di Labuan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Program itu merupakan satu inisiatif YWP dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Majlis penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PL merangkap Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias yang juga mewakili YWP kepada MPPWP Labuan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Perbandaran) PL Rithuan Mohd Ismail, Pengerusi MPP Zon Labuan Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

Program itu merupakan kali kedua yang dilaksanakan oleh YWP di Labuan yang mana sebelum ini telah menyalurkan bantuan makanan kepada 300 buah keluarga.

YWP terus komited dalam membantu penduduk Labuan dengan pelbagai inisiatif bakal dilaksanakan diantaranya ” Bantuan Pemeriksaan Mata dan Cermin Mata Percuma ” kepada pelajar dan warga emas, bantuan kit jenazah kepada masjid dan surau di Labuan.

Dalam pada itu, menjelang tahun depan YWP juga bakal melaksanakan program ” Riang Ria Kembali Ke Sekolah ” yang berupa bantuan pembelian buku sekolah kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas