Atlet Wilayah

WP buru ibu segala pingat Sabtu ini

- Diterbit 23 Ogos 2024 4:38 PM MYT

WILAYAH Persekutuan (WP) meneruskan langkah dalam memburu ibu segala pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menerusi perlawanan akhir bola sepak lelaki yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Mukah itu bakal menyaksikan pertempuran di antara pasukan WP dan Melaka dalam melakar sejarah baharu acara bola sepak SUKMA.

Dalam perlawanan separuh akhir yang diadakan semalam WP menerima saingan sengit daripada pasukan Kelantan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan mata 0-0 selepas 120 minit perlawanan tamat.

Begitupun, keputusan memihak kepada WP menerusi sepakan penalti 4-3 dalam perlawanan yang diadakan di Padang MDDM, Mukah itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas