INTERNATIONAL Conference on World Class Sustainable Cities 2024 menjadi platform global bagi membincang dan mempromosikan bandar lestari di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri makan malam sempena 15th International Conference on World Class Sustainable Cities 2024 di ibu kota malam semalam.
Menurutnya, WCSC adalah antara konferensi yang dinantikan oleh pemain dan pengkaji pembangunan dan perancangan bandar saban tahun.
“Tahun ini, WCSC membawa tema yang menarik untuk dikupas iaitu Revitalising Kuala Lumpur Through Innovative Urban Regeneration.
“Saya sepatutnya dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama khas pada pagi ini secara fizikal tetapi tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat penting untuk dihadiri pagi ini.
“Tetapi saya tetap ambil peluang untuk ‘berada’ di sana pagi ini secara virtual,” katanya di Facebook.
Dalam pada itu, Zaliha berkata dalam ucaptamanya nanti, beliau akan mengupas dan perincikan terkait topik urban regeneration.
Zaliha juga akan mengupas mengenai bagaimana visi CHASE City yang telah beliau perkenalkan awal tahun baru-baru ini.
“Ini dapat menjadi antara fokus penting dalam urban regeneration, ” katanya. – WILAYAHKU