Berita

Watie puasa sunat… Minta Allah permudah urusan suaminya, Shuib

- Diterbit 15 November 2024 8:20 AM MYT

SOKONGAN Watie yang sentiasa menemani suaminya, Shuib dalam susah dan senang mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi foto dirinya bersama Watie dipercayai ketika berada di perkarangan mahkamah.

“Alhamdulillah ada peneman hari ini (semalam). Semoga Allah permudahkan urusan, tetapi sudah pastinya ia adalah satu pelajaran dan juga satu ujian dalam kehidupan,” tulisnya.

Shuib juga meluahkan rasa syukur apabila Watie berpuasa sunat dengan niat agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

“Hari ini mummy (Watie) puasa sunat katanya. Bila ditanya mengapa puasa sunat, diet ke?

“Dia jawab, ‘ taklah, puasa sunat nak minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan suami saya hari ini.’

“Amin. Terima kasih selalu ada dengan saya,” tambahnya.

Terdahulu, pelakon Shuib  didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Shuib serta pengarah bersama Bubblebee Sdn Bhd, Koh Choon Guan, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan berasingan dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas