Berita

Waspada ikrar Iblis… “Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget” – Ustazah Asma’ Harun

- Diterbit 3 April 2025 3:20 PM MYT

PENDAKWAH selebriti, Ustazah Asma’ Harun menasihatkan agar wanita Islam tidak terikut dengan ‘trend’ berjoget ketika menerima duit raya.

Menerusi hantaran di Facebook, Asma’ menegur tindakan segelintir wanita Muslim yang mengikuti trend menari di TikTok ketika acara pemberian duit raya.

“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget, selepas itu rakam dan post, ramai wanita Islam tua muda buat sama,” tulisnya.

Selain itu, Ustazah Asma’ juga menekankan bahawa iblis telah berikrar akan terus menyesatkan umat manusia.

“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” petikan dari Surah Al-Ḥijr: Ayat 39.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan nasihat yang dibuat oleh Ustazah Asma’.

“Semoga Allah SWT pelihara kita semua daripada terpengaruh dengan perkara yang melalaikan. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

“Setuju ustazah. Dah mak-mak pun ada yang buat. Hodoh dan buruk akhlaknya. Nauzubillahiminzalik,” komen beberapa netizen.

“Astaghfirullah…Allahuakhbar… Terima kasih Ustazah atas teguran. Semoga Allah merahmati setiap langkah perjalanan kehidupan kita hambaNya.

“Setuju ustazah….macam2 ngonggek2 telah berlaku dlm dunia akhir zaman ni. Mohon ustazah tegur-tegurkanlah. Tak cantik dipandang mata, akhlak berubah rupa, budaya direkacipta, tak tahu mana yg lebih afdhal, sunnah sudah dilupa, ikutan dajal berleluasa….byk perkara yg sia2, pahala tak dpt, dosa menimpa.

“Terima kasih Ustazah bagi nasihat. Memang risau tengok bila Malaysia dah mula terikut-ikut negara konoha. Ikut yang baik xpe lah juga. Ujian.

“Setuju ustazah… Semoga kita Allah SWT pelihara kita semua daripada terpengaruh dengan perkara yang melalaikan … selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin,” komen beberapa warganet tentang isu tersebut. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas