Artikel

Waspada balik beraya

Gambar hiasan
- Diterbit 28 Mac 2025 11:30 AM MYT
SELEPAS sebulan berpuasa menunaikan rukun Islam ketiga‚ kini tiba Aidilfitri‚ hari untuk bergembira sebagai meraikan kemenangan mengharungi pelbagai cabaran dan ujian sepanjang Ramadan.

Syukur kepada Allah yang memberikan rezeki dan peluang untuk kita berpuasa dan seterusnya menyambut Aidilfitri.

Aidilfitri bukan sahaja untuk bergembira tetapi mengukuhkan silaturahim dengan kaum keluarga‚ saudara-mara dan rakan taulan.

Kawan-kawan Kedai Kopi teringat seronoknya berhari raya di kampung bersama keluarga dan saudara-mara serta kawan-kawan. Mengunjungi saudara-mara dan kawan menjadi rutin mesti‚ terutama keluarga terdekat.

Kerana itu balik kampung satu kemestian bagi anak desa yang mencari rezeki di perantuan‚ apatah lagi jika masih ada ibu bapa.

Kawan-kawan Kedai Kopi percaya‚ ketika ini sudah ramai yang bergerak balik ke kampung halaman menuju ke destinasi masing-masing. Balik awal boleh mengelak kesesakan.

Harapan kawan-kawan Kedai Kopi‚ dalam keriangan untuk menyambut hari raya‚ sentiasa jaga diri. Berwaspada di jalan raya. Ingat ayah ibu yang menunggu. Pandu cermat insya-Allah selamat. Semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga. Selamat Hari Raya‚ Maaf Zahir Batin.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas