Berita

Warga Malaysia terselamat insiden kapal tenggelam di Vietnam

- Diterbit 31 Januari 2024 3:10 PM MYT

SEORANG  anak kapal warganegara Malaysia terselamat  dalam insiden kapal dagang milik Malaysia iaitu Samudra Indah II tenggelam di kawasan perairan Pulau Con Dao (90 batu nautika dari bandar Vung Tau), wilayah Ba Ria-Vung Tau di  Vietnam pada Selasa.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), warganegara Malaysia itu telah diberikan rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat perkembangan terkini mengenai insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” menurut Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra rakyat Malaysia di Vietnam yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City di alamat  No 109 Nguyen Van Huong, Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City, Vietnam atau dengan menelefon  +84 (0) 28-3829 9023  atau  +84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) atau menerusi alamat emel [email protected]. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas