WALAUPUN cuti persekolahan telah bermula semalam, Kuala Lumpur masih sunyi sepi berikutan warganya mengambil langkah berjaga-jaga akibat penularan wabak Covid-19.
Tinjauan Wilayahku di beberapa tempat tumpuan sekitar ibu negara mendapati, beberapa kawasan kelihatan lengang berbanding waktu cuti sekolah sebelum ini.
Orang ramai yang keluar juga dilihat memakai topeng mulut dan hidung bagi mencegah serta mengelakkan penyebaran virus.
Ini menunjukkan rakyat Malaysia menyahut kempen Kementrian Kesiahatan supaya mengurangkan aktiviti luar dan mengunjungi kawasan orang ramai bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19 yang memasuki gelombang kedua di negara ini. – WILAYAHKU


BUKIT BINTANG yang terkenal dengan kemeriahannya juga sunyi.
