Berita

Warga emas, dua kanak-kanak terkorban dalam kebakaran

- Diterbit 20 Februari 2025 11:00 AM MYT

TIGA orang membabitkan seorang warga emas dan dua kanak-kanak terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah kediaman di Lazenda Villa 2, kerupang, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.27 pagi dan tiga jentera dan sebuah EMRS digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

Warga emas dikenali sebagai Morris Chong Hoon Cheung, 65, ditemui mati di dapur, manakala kanak-kanak Shahwin Kind Chong Shahmioon,11, dan Shayviann Kyrona Ruby Chong Shahmioon,8, tidak sedarkan diri apabila mereka terperangkap di tingkat dua.

Katanya, terdapat sembilan penghuni di dalam rumah itu termasuk seorang bayi berusia setahun yang dikenali sebagai Jonathan Vincent berjaya diselamatkan jiran sebelum pihaknya tiba dilokasi kejadian.

“JPBM berjaya menyelamatkan empat orang kanak-kanak yang tidak sedarkan diri dan tiga daripada mereka yang cedera parah diserahkan kepada pembantu perubatan bagi mendapatkan rawatan awal di lokasi.

“Namun, dua orang daripada kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia manakala dua kanak-kanak yang selamat dihantar ke Hospital Labuan untuk rawatan selanjutnya,”katanya kenyataan itu, pada Khamis.

Antara mangsa yang terselamat ialah warga emas Loi Hing Gapong, 61, Virona Karie Chong, 32, John Henrry Asih, 35, dan Jonathan Vincent berusia satu tahun.

Mereka yang cedera dan menerima rawatan ialah Shayven Keinth Chong, 12, dan Shayden Ken Ruby Chong Abdullah, 13. -WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas