Selebriti

Video muzik Irama Shiha Zikir kena hack

- Diterbit 14 Disember 2021 10:00 PM MYT

RAMAI peminat penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa apabila video muzik lagu Irama penyanyi kesayangan mereka itu tidak dapat dilancarkan pada malam tadi.

Menurut pengurus Shiha, Arul, video muzik yang sepatutnya dilancarkan pada pukul 8.30 malam tadi mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Pihak kami memohon maaf kerana masalah teknikal. Video muzik Irama Shiha Zikir akan dimuatnaik nanti.

“Video kena hack (digodam) Kami sedang cuba selesaikan masalah ini,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi live di Instagram, Shiha juga turut meminta maaf kepada para peminatnya yang menunggu video muzik Irama dilancarkan di laman YouTube Todak Music.

“Saya buat live sebab saya nak mintak maaf dekat semua yang tunggu video muzik Irama. Tadi saya dah umumkan akan release pada pukul 8.30 malam, tapi kita tak tahu apa yang terjadi.

“Pihak label saya sedang usahakan dalam hal ni. Itulah dugaan kan. Jadi insya Allah bila video muzik semua dah okay, saya akan beritahu balik.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong, sudi untuk tunggu muzik video walaupun tak dapat nak release tadi,” luah Shiha.

Shiha juga meluahkan rasa syukur dalam masa yang sama terharu terhadap sokongan peminat yang mengundinya dalam Anugerah MeleTop Era edisi kelapan (AME 2021).

Shiha yang tersenarai dalam top 5 bagi empat kategori mengaku tidak pernah terfikir peminat sanggup mengundi untuk dirinya berada di tahap itu walaupun saingan amat sengit.

“Sewaktu dicalonkan top 20, saya dah happy sangat dah. Tercalon untuk empat kategori. Happy sangat.

“Namun, saya terkejut sangat- sangat apabila nama saya top 5 untuk empat kategori. Tapi waktu saya control lagi. Sabar je, waktu tu ramai orang.

“Saya terharu sangat ada orang nak undi saya. Alhamdulillah.. saya bukan sesiapa pun. Saya masuk industri nak cari rezeki,” luahnya lagi.

Shiha tersenarai dalam top 5 bagi kategori Grup/Duo Melatop Era bersama Noki (AEWO), Lagu Meletop (AEWO), Artis Versatil Meletop (Pelakon, Penyanyi & YouTuber) dan Bintang Filem Meletop ( Hantu Bonceng 2.0).

AME 2021 akan berlangsung pada 30 Januari 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas