Berita

Utamakan pembentukan kestabilan pentadbiran negara – Anwar

- Diterbit 1 Februari 2025 4:37 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan membentuk kestabilan pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian sempena menyambut Hari Wilayah Persekutuan.

“Roh ihsan yang sentiasa menekankan kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa serta bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan bersama-sama.

“Dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan dan tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara,” katanya di Facebook.

Menurut Anwar, selaras dengan konsep Madani menuntut rakyat untuk menggenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini serta hari mendatang.

“Selamat menyambut ulang tahun buat seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendaknya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas