Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artikel

Usaha banteras ulat parkir

- Diterbit 28 Jun 2024 10:40 AM MYT

KEGIATAN ulat parkir di ibu kota memang merimaskan orang ramai. Ulat parkir sentiasa sahaja mencari peluang meminta bayaran daripada orang ramai walaupun meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan.

Ini kerap berlaku di kawasan parkir awam. Biarpun sudah membayar caj parkir, ada sahaja ulat yang datang menghampiri meminta wang. Kawan-kawan Kedai Kopi sendiri kerap kali mengalami masalah ini dan sering juga menghulur wang walaupun rasa geram.

Selepas waktu pejabat, lagi ligat aktiviti mereka. Kawasan parkir yang sudah tidak perlu bayar waktu itu, dikuasai oleh ulat parkir yang mengutip bayaran. Ulat-ulat ini bukan sedia menerima apa diberi, tetapi menetapkan kadar bayaran parkir.

Begitu juga jika ada sahaja kawasan lapang di ibu kota, mereka menjadikannya milik sendiri sebagai kawasan parkir. Yang hendak meletak kenderaan perlu membayar. Jika enggan hadapi risiko kenderaan akan dirosakkan.

Fenomena ini sudah lama wujud di ibu kota dan tetap berterusan hingga kini. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah berdiam diri malah sentiasa berusaha membanteras golongan tersebut.

Kawan-kawan Kedai Kopi lega apabila DBKL menjalankan operasi berterusan membanteras ulat parkir di ibu kota menerusi Jabatan Penguatkuasa. Melalui operasi ini ramai ulat parkir ditahan dan dihadapkan ke mahkamah serta menerima hukuman.

Operasi Tindakan Khas Jaga itu dilaksanakan oleh DBKL sejak tahun lalu. Matlamat utamanya adalah untuk menyekat kegiatan ulat parkir atau penjaga parkir haram.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas