UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, iaitu Isnin (31 Mac).
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran langsung disiarkan stesen televisyen utama.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025,” katanya.

Terdahulu, aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi. – WILAYAHKU