Berita

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac

- Diterbit 28 Februari 2025 9:53 PM MYT

UMAT Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini, bersamaan 2 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Menurut beliau, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Proses melihat anak bulan Ramadan pada petang tadi melibatkan 29 lokasi di seluruh negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas