BEKAS Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia pukul 4.40 pagi tadi Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Ekonomi,Nurr Shaffique Abdul Karim menerusi laman instgaram milik Datuk Hajar Hanifah Taib itu pagi ini.
Menurut kenyataan itu, pengurusan jenazah akan di lakukan di Masjid Negara sebelum di bawa balik ke Kuching, Sarawak.
Difahamkan, Allahyarham Abdul Taib yang akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.
Jenazah Abdul Taib akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.
Allahyarham merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak ke-4 memegang jawatan itu selama 33 tahun sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri ke-7 sejak tahun 2014.-WILAYAHKU