Berita

Tren ERL lebih moden

PINTU masuk utama ke Stesen KLIA Transit di KL Sentral.
- Diterbit 1 November 2019 8:21 AM MYT

SEJAK beroperasi 17 tahun lalu, Express Rail Link (ERL) terus agresif untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan tren yang disediakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd. Noor, ERL telah membeli enam buah tren yang mempunyai beberapa ciri yang baharu dari Changchun Railway Vehicles Co. Ltd (CRRC Changchun), China iaitu dua buah KLIA Ekspres dan empat buah KLIA Transit.

NOORMAH MOHD NOOR

“Kesemua enam buah tren baharu yang mempunyai empat gerabak dengan kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) telah dihantar kepada ERL dan kami telah menerima tren yang terakhir dari CRRC Changchun pada pertengahan Februari tahun lepas.

“Tren tersebut mempunyai tempat duduk yang lebih luas dan siling tren lebih tinggi, kapasiti penghawa dingin yang lebih tinggi sebanyak 15 peratus serta pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih baik di dalam semua tren,” ujarnya.

Selain itu kata beliau, ERL juga sedang menjalankan beberapa promosi antaranya Family Package dan Group Saver promo yang diperkenalkan kepada orang awam selain turut berkolaborasi bersama syarikat Grab.

“Kami telah mengumumkan tambang percuma kepada kanakkanak berusia di bawah usiaa enam tahun yang menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, mulai 1 Oktober lalu,” ujarnya.

Kata Noormah, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, ERL bersama Tourism Malaysia bekerjasama mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa sebagai destinasi pilihan dengan meningkatkan pakej pengangkutan untuk pelancong seperti pakej KL TravelPass dan Discover KL,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas