
Larangan kapal Israel berlabuh di Malaysia tindakan wajar
KEPUTUSAN Kerajaan Malaysia melarang kapal perdagangan Israel berlabuh ke perairan negara adalah satu tindakan keras yang berani dalam usaha memberi tekanan kepada rejim itu menghentikan jenayah kemanusiaan terhadap Palestin. Langkah yang dibuat itu juga memberi isyarat jelas bahawa kerajaan terus memperjuangkan hak asasi kemanusiaan yang sudah tercalar di bumi Palestin.