
Cadangan sekolah bertingkat realistik
Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN PROJEK perumahan bertingkat atau flat di Kuala Lumpur bermula dengan Flat Kampung Kerinchi pada 1962. Salah satu sebabnya adalah pertambahan jumlah penduduk Kuala Lumpur selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Kuala Lumpur menjadi tumpuan warga yang datang dari seluruh negara untuk menikmati gelembung ekonomi di ibu kota.