
YWP santuni warga emas, sumbang kit peralatan kesihatan
BAGI memastikan warga emas tidak diketepikan khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil bersama menganjurkan Program Advokasi Kasih dan Budi baru-baru ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, Dr Abdul Basir V. Kunhimohamed, seramai 600 warga emas yang menyertai program berkenaan menerima Kit Peralatan Kesihatan. Tidak ketinggalan katanya,