
Artikel
Hab dialog global ASEAN 2025: Keunikan Malaysia mampu jadi pentas kepimpinan
Oleh YUSMADI YUSOFF TAHUN 2025 bakal menjadi tahun bersejarah bagi Malaysia apabila negara memegang Pengerusi ASEAN‚ sebuah tanggungjawab besar dalam era dunia yang semakin mencabar. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim‚ terdapat potensi besar untuk Malaysia bukan sahaja memimpin ASEAN tetapi juga mengangkatnya sebagai sebuah platform utama dialog global.