
Wawancara
Rodziah fokus bangun pesona Ampang
MEMIKUL amanah atau tanggungjawab yang besar setelah diberi mandat oleh rakyat Ampang, Rodziah Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedar ia bukan satu tugas yang mudah. Namun, Ahli Parlimen Ampang ini tekad dan sentiasa bersedia menggalas tugasnya itu dengan sepenuh jiwa dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesejahteraan semua pihak.