
Karnival PROTÉGÉ@KUSKOP beri peluang siswazah ceburi bidang keusahawanan
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Karnival PROTÉGÉ@KUSKOP di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu dan Ahad ini. Menurut KUSKOP, penganjuran karnival bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang itu bagi mempromosi program keusahawanan dan kebolehpasaran serta platform untuk siswazah dan mahasiswa mendapatkan maklumat berkaitan program anjuran PROTÉGÉ dan agensi KUSKOP