
Kerajaan komited tingkat kesalinghubungan, naik taraf kemudahan pelabuhan di Labuan
WILAYAH Persekutuan Labuan dijangka meningkatkan kesalinghubungan dengan komitmen yang diberikan kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menambah kekerapan penerbangan terus dan meneliti cadangan menaik taraf Pelabuhan Liberty Labuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan komitmen itu menerusi catatannya dalam Facebook beliau, susulan perbincangan dengan Menteri