Berita

TVET janji peluang pekerjaan besar untuk anak muda

BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjaya pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Zuleah Darsong berkata anak muda yang memasuki institusi TVET, berpeluang cerah memperoleh kerjaya yang cemerlang selain penerokaan di peringkat antarabangsa.