
SUKMA 2024: Joachim tuai emas pertama skuasy
WILAYAH Persekutuan menuai pingat emas pertama mereka dalam sukan skuasy menerusi aksi perseorangan lelaki, Joachim Chuah pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Pusat Skuasy Sarawak, Kuching hari ini. Joachim memperoleh pingat emas selepas berjaya menewaskan wakil dari Negeri Sembilan, C Ameeshenraj 11-4, 8-11, 7-11, 11-9, 13-11 pada perlawanan akhir.