
Fahami istilah liquor memabukkan, elak salah faham – Jalaluddin
ORANG awam termasuk ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan penguatkuasaan larangan penjualan arak di Kuala Lumpur perlu memahami istilah liquor memabukkan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kritikan atau provokasi. Ini kerana, tegas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pemahaman terhadap isu berkenaan serta jenis liquor yang dilarang adalah penting dan