
Kod Etika Kewartawanan perkasa peranan wartawan, tidak beri konotasi negatif – Teo
KOD Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan baru-baru ini adalah sebagai usaha memperkasa peranan wartawan dalam penyampaian berita dan maklumat, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Menyangkal dakwaan kononnya kod etika itu memberikan konotasi negatif kepada bidang kewartawanan, Teo menegaskan kod itu sudah wujud sejak 1989 dan pembaharuan serta penambahbaikan itu