
Ikan bandaraya: Selamatkan ekosistem
LEBIH satu tan ikan bandaraya berjaya dikeluarkan dari Sungai Damansara menerusi Pertandingan Menjala Ikan Bandaraya melalui Projek Pleco Pupus 2024: Nurturing Rivers, Empowering Communities yang diadakan baru-baru ini. Menurut Ketua Projek Bersama dari Universiti Malaya (UM), Affan Nasaruddin, pertandingan yang julung kali diadakan adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan populasi