
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat
MALAYSIA menawarkan diri untuk pencalonan sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai. “Jemaah Menteri telah membuat ketetapan bahawa Kementerian Perumahan dan