
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama pelbagai sektor
MALAYSIA dan Turkmenistan akan mewujudkan suruhanjaya bersama bagi memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor khususnya industri minyak dan gas. Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima lawatan rasmi Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow ke Malaysia hari ini. Menurut kenyataan bersama yang dikongsi Wisma Putra itu,