
Isu tular dua kanak-kanak alami cerebral palsy, KKM beri komitmen segera selesaikan siasatan
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu tular berhubung dakwaan dua kanak-kanak mengalami cerebral palsy selepas dilahirkan di fasiliti kesihatan milik kerajaan dan memberi komitmen untuk segera menyelesaikan siasatan mengenainya. Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan pihaknya memahami kesulitan dihadapi pesakit serta keluarga dan sentiasa bersedia membantu mereka. Kementerian itu menjelaskan kes berkenaan dikategorikan sebagai aduan kompleks dan