
Kehilangan hak kedaulatan Batu Puteh perlu diambil sebagai suatu pengajaran: RCI
KEHILANGAN hak kedaulatan Batu Puteh seperti diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 hendaklah diambil sebagai suatu pengajaran. Demikian ditegaskan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam laporan akhir yang telah dinyahklasifikasikan. Laporan itu