
Kabinet setuju teruskan tindakan perundangan kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan di ICJ
JEMAAH Menteri bersetuju Malaysia meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dicapai setelah mendengar laporan pembentangan dan cadangan daripada Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan