
Selebriti
PPZ-MAIWP Serah Kunci Rumah Baharu TO’KI
ALHAMDULILLAH… Kesusahan hidup penyanyi To’ki yang tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan di Gombak, Selangor mendapat pembelaan daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang tampil menghulurkan bantuan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusof mengesahkan sudah menyerahkan kunci rumah untuk kediaman baru To’ki.