
Artikel
Ubah wajah pusat bandar
Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN SELALUNYA apabila bersiar-siar di pusat bandar Kuala Lumpur waktu menunggu senja berlabuh, saya menyusur sekitar Jalan Tun Perak dan Jalan Raja yang di sebelahnya berdiri Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan itu secara tidak rasmi sudah lama menjadi ikonik bagi Kuala Lumpur. Sebahagian besar pelancong luar