
Berita
Kanak-kanak empat tahun maut jatuh dari tingkat 16 di Putrajaya
SEORANG kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi