
Jangan pilih bulu, utamakan tenaga mahir tempatan – Ahmad Zahid
SEMUA syarikat pembinaan diingatkan agar tidak ‘pilih bulu’ dan perlu mengutamakan tenaga mahir tempatan dalam melantik pekerja sektor berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan akan menanggung kerugian dalam jangka masa panjang sekiranya sektor pembinaan terus bergantung