Berita

Tangani kemelut KLFA dengan baik – Khalid

Oleh NAZWIN NAZRI [email protected] KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad akan memastikan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) ditangani dengan baik. Tegas beliau, KLFA perlu diletakkan di bawah kepimpinan yang jelas supaya usaha-usaha untuk menjaga kedudukannya sebagai salah satu pasukan dalan Liga Super dipertahankan.