
Berita
Ekspedisi saintifik enam bulan di Taman Rimba Alam
SERAMAI 92 orang peserta terdiri daripada 11 kumpulan pengkaji terlibat dalam Ekspedisi Saintifik Biodiversiti Taman Rimba Alam Putrajaya. Ia melibatkan enam agensi iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan NEST Society Malaysia.