
Talian HEAL 15555 terima 336 panggilan berkaitan bunuh diri
SEBANYAK 336 daripada keseluruhan 59,860 panggilan yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 bagi tempoh 2022 hingga semalam adalah berkaitan tingkah laku cubaan bunuh diri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 198 panggilan melibatkan idea bunuh diri