
Berita
Kongsi rezeki bersama warga WP
PENYUMBANG utama Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan, Syarikat Tahap Warisan Sdn Bhd berbesar hati berkongsi rezeki bersama warga Wilayah Persekutuan yang dalam kesusahan. Pengarah Urusannya, Datuk Tong Kim Eng berkata beliau gembira kerana diberi jalan untuk menyalurkan sumbangan melalui YWP yang diyakini dalam menguruskan hal-hal kebajikan warga kota.