
Tabung Covid-19: CUEPACS sumbang RM20,000
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyumbang RM20,000 kepada Tabung Covid-19 yang akan digunakan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan wabak Covid-19. Presidennya, Adnan Mat berkata, sumbangan itu adalah daripada kesatuan gabungan CUEPACS sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada