Berita

Keilmuan, sikap Syed Husin harus diteladani ahli akademik – PM Anwar

KEILMUAN dan sikap Almarhum Profesor Dr Syed Husin Ali harus diteladani ahli akademik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata amat menghargai persahabatan yang terjalin antaranya dengan Syed Husin “Syed Husin mendasari ilmunya untuk berpijak kepada kenyataan hidup dan realiti masyarakat. Kemudian melontarkan idea serta teguran dengan berani.